Be My Followers

Saturday, 12 May 2012

GAMBAR INOVASI


Berikut adalah beberapa gambar contoh alat-alat yang telah diinovasikan untuk tujuan perubatan:


1. Barostim neo Baroreflex Stimulasi Untuk Hipertensi


Produk ini adalah generasi kedua implant anti-hipertensi. Alat peranti ini dapat mengurangkan tekanan darah dan menstabilkan nadi. Ia mempunyai peransang elektrod yang berukuran 1mm,  merupakan perangsang yang terkecil dan termaju. Alat ini di masukkan ke dalam otot jantung.

2.  Pemantau Kesihatan Semasa Senaman
pastedGraphic.pdf
Alat ini di gunakan untuk memantau tanda vital seseorang ketika melakukan senaman. Ia dapat memantau dan merekodkan  keadaan jantung, nadi, pernafasan, suhu kulit, tekanan darah dan peratusan oksigen di dalam badan.
3. ConvaTec’s Vitala Continence Control Device
Alat ini adalah untuk pesakit yang mempunyai kolostomi. Ia merupakan alat  pakai buang yang tahan selama 8 jam. Seseorang individu tidak perlu sentiasa memakai beg kolostomi dan menghadapi masalah bau.

4. GLUCOSE RESPONSIVE POLIMER
pastedGraphic_3.pdf
 Alat ini di gunakan untuk mengantikan penggunaan suntikan insulin. Alat ini dapat mengawal pelepasan hormon yang bertindak balas kepada tahap glukos.
5. PILL CAMERA EXPRESS
pastedGraphic_4.pdf
Alat ini merupakan peranti perakam  yang digunakan semasa prosedur endoskopi. Ia tahan calar dan mampu berada didalam bahagian usus pesakit selama 12 jam. Berbentuk kapsul dan amat mudah di telan.

6.  Stimulasi tangan
pastedGraphic_5.pdf
Alat ini menggunakan sistem fungsi rangsangan elektrik (FES) untuk membantu memulihkan fungsi tangan, memulihkan kekejangan otot dan mencegah atrofi otot tangan bagi pesakit yang mengalami strok. Ia membantu meningkatkan peredaran darah dan seterusnya dapat meningkatkan aktiviti tangan.

7. Stimulasi Sendi Kaki
pastedGraphic_6.pdf
Produk ini mengunakan gelombang frekuensi tinggi untuk menjana haba yang dapat melegakan kesakitan dan menguatkan peredaran darah seterusnya meningkatkan faktor penyembuhan semulajadi. Produk ini di gunakan pada pesakit artritis terutamanya pada sendi lutut.
8.  ReWalk Exoskeleton
pastedGraphic_7.pdf
Produk ini di gunakan untuk membolehkan orang kurang upaya untuk berjalan. Ia amat ringan dan telah terbukti membantu orang kurang upaya merasa untuk berjalan dan seterusnya membantu pesakit mencapai pemulihan sepenuhnya. 
9. Difibrillator LifeVest
pastedGraphic_8.pdf
Produk difibrillator Life Vest ini di gunakan untuk pesakit yang mengalami situasi serangan jantung secara tiba-tiba. Alat ini boleh di pakai sebelum atau selepas pembedahan pintasan jantung atau pembedahan pemasangan perentak jantung.
10. VeinGogh Rawatan Verikos Vein
pastedGraphic_9.pdf
Produk ini merupakan alat frekuensi haba untuk membetulkan verikos vein. Ia tidak mengunakan sistem leser seperti sebelum ini dalam rawatan verikos vein. Produk ini mengurangkan kecederaan pada kulit dan sesuai pada semua kulit.

No comments: